Friday 27 May 2011

MINGGU KE-2

Minggu ni dua class kitchen berjalan mcm biasa, hari rabu class Garde Manger dan hari Khamis, Intermediate Cookery. Untuk class Garde Manger/Cold Kitchen (GM) ni aku belajaq pasal Salad. Intermediate Cookery plak blajaq pasai Stuffing Chicken.

GARDE MANGER
Selalu kalu kita org melayu dengar perkataan salad teringat sayuq yng kat sayuq nasi ayam tp bukan! mmg itu tergolong dalam salad cuma biasalah pemikiran kita, kalu sebut Maggi teringt mee segera padahal Maggi tu brand, mee segera Cinta pun bedai pnggil Maggi. kan3!? ;) :D

Salad bermaksud daun daun/sayuran/sesetengah buah boleh tergolong dalam salad,salad nih boleh dihidang dgn mcm2 cara,nak masak ataupun makan mentah. So, kalu kita makan salad ni mentah2 boleh rasa muak jgk, jadi terciplah Salad Dressing,don't get confused, salad cannot wear t-shirt but sponge can (spongebob). salad dressing ni mcm sambal belakan la, kalu melayu cicah timun/pucuk paku dgn sambal belakan tp kalu mat saleh depa makan dengan pelbagai 'dressing' contoh yang aku tahu French dressing, Italian Dressing, Vinagrette (suma ni tergolong dalam temporary dressing ) selain tu boleh jgk makan dengan mayonnaise, thousands islands, tartar sauce pun boleh kot, nak lagi masyuk mcm dgn cheddar cheese. Ada banyak benda pasal Salad ni, kalu rajin 'gegoogirl' la seniri. Kat sini ada beberapa gambaq yang aku tngkap, suma aku yang buat. plating seniri.
hat nih org pnggil potato salad, senang ja nk buat
rebus kentang, potong dadu. gaul dgn mayonnaise
buh sket garam dgn lada sulah,settle!

nih seafod salad dressing nya red wine dressing, 
sbb protein dia seafood. salad nih nk buat senang ja cuma
 dia punya dressing tu yg byk kerja pun. klu yang sotong
dan udang tu ampa blanch lpas tu gaul dgn mayonnaise.

INTERMEDIATE COOKERY
Mnggu nih aku bljaq pasal sutffing chicken,mksud dia ayam yang dibuang tulang lpas tu dimasukkan inti/isi lain. so isi yang aku masukkan ialah saute mushroom. lagi 1 chicken cordon bleu. chicken crdon blue nih masak aku kerja kat secret recipe aku dok mncari mcm mana nk buat,tp skrg aku dah tau,tk lah sesusah mana pun. tp yang hampeh nya aku terlupa amik gmbaqnya,kecewa gila,tkpa nnt aku boleh "birugigi' dgn classmates. 
hah ni la dia Stuffing Chicken.
Sauce : Mushroom Sauce (basic)
Starch : Saute Mash Potato
Vege : Blanch Broccoli, Baby Carrot, Cauliflower

ni gambaq Chicken Cordon Bleu yg aku amik kat googirl
kat sini aku bagi link cara2 nak buat dan recipe lagi tu
daripada dok makan ccb kat SR tu cuba skali skala try
buat kt rumah, jimat cost, boleh bagi family makan, tk rugi la.

Jadi,suma nih adalah pembelajaran aku di dlm kitchen utk mnggu nih, walaupun lmbat sket aku nak tulis (ikot mood). hah! aku nk habaq, yg Red Wine Vinaigrette tu HALAL, jgn risau jgn was-was. dia punya nama ja Wine tp tkda wine pun. sbb namanya ada Wine mngkin dia punya colour sbb seakan2 Red Wine tp rasa mcm cuka jgk kot mana pun. Sebenaqnya ada beberapa salad dan stuffing chicken yang aku bljaq cumanya aku terlupa nk tngkap gmbaq,so itusajalah, Assalamualaikum!


No comments:

Post a Comment